Isnin, 20 Julai 2015
aku berjalan, KAU BERLARI
Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah syawal ke4 harini kita masih diberi kesihatan yang baik ,bagi meneruskan perjuangan kita untuk agama pencipta..
kasih sayang ALLAH sangat luas untuk kita ..tak terhitung nilainya... betapa hebat ALLAH mencintai kita kan? pernahkah kita mengerti semua itu ?! setiap saat ALLAH memandang kita dengan penuh kasih dan sayang, tapi kita ? kita lansung tidak mengedahkan semua itu bukan?
sayangku sekalian,
dengar sini, Hati yang bahagia adalah hati yang mengenal ALLAH. Ramai yang fikir, tak berjodoh , tak dapat zuriat tak bahagia,sebenarnya hati yang bahagia adalah Hati yang mengenal ALLAH sebagai PENCIPTA dan mencintai ALLAH dengan sepenuh hati.
Sayangku,
aku pernah rebah , aku pernah jatuh di sebbakan ujian yang datang untuk mnyedarkan aku.. musibah itu hikmah . yup! aku beruntung dalam berjuta juta orang ,ALLAH memilih aku .. aku berjalan mencari ALLAH , tetapi ALLAH berlari menghampiri aku . ALLAHUAKBAR.. baiknya ALLAH tidak terhingga kan?
sayangku, dulu aku tak pernah terlintas siapa aku pada hari ini. tapi dengan kuasa ALLAH jadilah aku sekarang, seorang wanita berniqab. ALLAH maha penyayang, kasih sayangNYA tak pernah kurang walaupun kita tak henti henti melakukan dosa.. Agaknya bila kita nak berubah ? nak tunggu ajal datang dulu? bila kita dalam keadaan yang masih samar , cuba renungkan apa tujuan kita hidup ? hidup untuk bahagia ada keluarga , anak ,isteri,suami saja kah ? itu tidak benar.HIDUP yang mngenal pecipta adalah hidup yang bahgia.
aku menanggis mengenangkan dosa yang lalu.. aku menangis kerana gembira kerana dilahirkan sebagai orang islam.
boleh tak kita sama-sama menuju jalan yang lebih baik? kita sama sama menyayangi ALLAH sepenuh HATI kita? BERJANJI lah pada diri kita untuk jadi terbaik dimata ALLAH. usah pandang pada pandangan manusia yang penting keikhlasan hati kita pd pencipta.
selagi ajal tidak menjemput kita,selagi itulah kita masih ada peluang untuk bertaubat!
-ninja itu aku-
Sabtu, 11 Julai 2015
HATI yg BERDOSA
Dengan nama ALLAH
yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Apa khabar ya
sayangku semua? Moga diberi kesihatan yang baik dalam bulan yang mulia ini bagi
kita sama-sama mencari amalan yang sebanyak mungkin,disamping itu kita
bersihkan hati kita dengan sebersih bersihnya,INSHAA ALLAH .
Tajuk saya pada hari
ini ialah “ubat hati”
Sayangku..
Hati adalah raja pada
jasad manusia . hati yang memainkan peranan utama pada diri kita.ternyata kat
sini saya ini memberitahu hati adalah punca membuatkan kita sakit. Apa yang
boleh saya bagitahu kat sini, apabila hati kita sakit maka, dengan sendiri
badan kita sakit. Sepertimana kebiasaan kita,apabila badan kita sakit ,contoh
demam cepat-cept kita pergi klinik untuk mendapatkan ubat bukan? Hati juga
begitu sayangku.. hati juga memerlukan ubat untuk menyembuhnya.. J
Sayangku, hati yang
sedang sakit dengan hati yang membenci orang,marah orang,dengki.Itu petanda
hati kita sedang sakit, jika perasan dengan kadar segeralah cari penawarnya.
Sepertimana yang terkandung dalam
surah asy syu’ara’ ayat 88-89:
“ (iaitu) pada hari
(ketika) harta dan anak-anak tidak berguna lagi,kecuali orang yang mngadap
ALLAH dengan hati yang bersih”
Ayat diatas jelas
menunjukkan bahawa untuk berjumpa dengan ALLAH swt kita wajib hati kena
bersih.. sayangku sekalian, cuba kita renungkan kembali, lahirnya kita di
dunia,dengan hati yang sangat bersih.. tidak malukah kita jika kita pulangkan
pada ALLAH nanti dengan hati yang kotor?
Dalam islam sangat
menekan tentang penyucian jiwa, ini penting untuk sentiasa membaiki hati dan
jiiwa kita supaya dalam keadaan bersedia untuk pencipta.sayangku,hanya hati dan
akal sahaja yang membezakan manusia dengan makhluk lain.cuba kita renungkan ,
mengapa tuntutan solat jatuh kepada manusia ? mengapa kita di suruh sentiasa
membaca al quran ? mengapa haiwan tidak ? ini kerana manusia adalah makhluk
sebaik baik ciptaan ALLAH J
..
Sayangku.. apa ada
pada hati kita sekarang? Dengar sini , hati itu tempat berkumpulnya dosa-dosa
kita.
Rasulullah saw
bersabda surah al-mutoffifin ayat 14:
“sesunggunya orang
mukmin apabila melakukan sesuatu dosa ,terbentuklah bintik hitam pada
hatinya.Apabila dia bertaubat,kemudian menghentikan dosa-dosanya dan
beristigfar ,maka bersihlah daripada bintik hitam itu.Dan apabila dia terus
melakukan dosa ,bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya ,sehingga
tertutuplah seluruh hatinya,itulah karat yang disebut ALLAH SWT di dalam
kitabNYA.sesekali tidak ,sebenarnya apa yang mereka lakukan telah
mengkaratkan(menutup) hati mereka.
Sayangku.. sama-sama
kita berusaha bersihkan hati kita ya.. moga kita istiqamah dan mendapat
keredhaanNYA. INSHAA ALLAH ..
sayangku,
kita perlu tahu cara-cara untuk pimpin hati kita ke jalan lebih baik, seperti mencari ilmu tentang hati.Ini kerana untuk mengenal hati positif dan negatif.Perbanyakan mendengar ceramah agama, sentiasa baca al -quran serta memahami maksudnya.
bersambung...
Jumaat, 10 Julai 2015
" ya ALLAH.. aku BERDOSA "
Dengan nama ALLAH,yang maha pengasih lagi maha penyayang..ALHAMDULILLAH ..
syukur kepada ALLAH SWT , hari ini ramadhan ke 24 aku masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan ku sebagai khalifah di muka bumi ini .. ALLAHUAKBAR !
Pagi yang masih tenang.. masih sunyi ,tanpa kedengaran suara dari rakan-rakan seperjuangan ku di sini .. tak mengapa , mungkin mereka sedang sibuk dengan aktiviti hujung minggu ini mereka . :-) ..
YA ALLAH AKU BERDOSA !
ini la tajuk pagi ni yang akan aku sampaikan kat sini. :-)
wahai sayangku sekalian...
tajuk ini saya pilih kerana terkena pada diri sendiri .. kita manusia biasa tak lepas dari melakukan dosa. tapi ini tak bermakna berakhir perjuangan kita di dunia. seperti mana yang tertulis dalam al quran
surah at tahriim ayat 8 :
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Baiknya ALLAH kan sayangku ? kita hari hari melakukan dosa ,tetapi DIA tak pernah putus beri kita peluang untuk bertaubat.. sayangku, malu nya kita pada ALLAH bukan? jomlah kita taubat nasuha, taubat nasuha ni adalah taubat yang bersungguh- sungguh dan ikhlas kerana ALLAH.. sayangku sekelian, cuba kita selami kita hari-hari buat dosa,bila kita bertaubat mohon ampun , ALLAH ampunkan dosa kita,malah ALLAH janji kan ganjaran syurga untuk kita di sana nanti . Allahuakbar ! tak terhitung rahmat ALLAH untuk kita sayangku.. tidak malukah kita jika kita terus menerus berada di dalam dosa ? terus menerus melakukan dosa ?
sayangku sekalian,
Tahukah kalian tentang macam mana kita mendapat dosa? dosa itu adalah meninggalkan apa yang ALLAH suruh ,dan juga melakukan apa yang ALLAH larang .Contohnya, ALLAH suruh kita solat, puasa,zakat.
ALLAH larang kita seperti zina,minum arak,berjudi, ini semua dosa sayangku.. Tugas kita hidup di dunia ini sebagai khalifah untuk taat kepada pencipta.
Tahukah kita , setiap masa apa yang kita lakukan akan di catat oleh malaikat ? . ini BENAR sayangku.. catatan buruk dan baik ini akan di hitung di padang mahsyar nanti.sepertimana saiditina aishah memberitahu, kata nabi buku laporan kita di sisi ALLAH mempunyai tiga iaitu :
i. buku yang mudah bagi ALLAH-buku ini adalah catatan dosa kita dengan ALLAH .
ii.buku yang tidak ditinggal begitu saja oleh ALLAH - iaitu dosa kita kepada manusia.
iii.buku yang tidak di ampun oleh ALLAH-dosa orang yg syirik kepada ALLAH.
sayangku sekalian,
cuba renungkan kembali , dosa-dosa yang saya sebutkan tadi .. adakah kita telah bertaubat semuanya untuk di ampunkan? termasuk buku yang nombor dua? ingat ya sayangku , dosa kita dengan manusia tu,selagi manusia tak ampun sekali tu kita berada dalam dosa. tidak perlu menunggu syawal untuk meminta maaf :-) ..
sayangku.. kita manusia biasa tak lepas dari melakukan dosa , jadi kita kena sedar siapa diri kita pada pencipta kita .kita bukan malaikat ,nabi serta serta rasul yang bersifat maksum .seperti mana bukti yang tertulis dalam al qurah surah al imram ayat 161 :
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
sayangku, nabi yang tidak melakukan dosa pun ada hadis yang menyatakan setiap hari sebanyak 70 kali bertaubat kepada ALLAH.. tidak malukah kita ini ? tentu malu kan ? jadi , kita perlu sentiasa istigfar untuk memohon kemapunan dari ALLAH.Orang yang istigfar ini banyak kelebihan yang di perolehi sepertinya
1.disayangi ALLAH
2.didoakan oleh malaikat
3.diampunkan dosa-dosa nya
4.ALLAH keluarkan nya dari masalah
5.dimurahkan rezeki
6.ditinggikan darjat disisi ALLAH
7.merupakan orang yang beriman.
sayangku.. saya sampaikan sebuah cerita yang di ceritakan nabi suatu ketika dahulu,
ada seorang lelaki telah membunuh 99 nayawa(orang) dia bertanya kepada kepada orang alim,
boleh tunjukan saya di mana pendita , lalu orang alim itu memberitahu tempat pendita itu,dengan tidak berlengah lagi lelaki itu terus mendapatkan pendita , lalu lelaki itu berkata ,
saya telah membunuh 99 orang,apakah ALLAH mengampunkan dosa saya ? lalu jawab pendita itu,
" eh mana boleh,dosa kamu ALLAH tak ampun"
si lelaki itu benggang sebab jawapan itu tidak memberi peluang untuknya bertaubat,lalu membunuh pendita itu. si lelaki itu masih tidak berputus asa,dia mendapatkan balik orang alim yang dia bertanya tadi.
orang alim itu memberitahu lagi tempat pendita yang lain, dengan segera si lelaki itu mendapatkan nya.
di tanya lagi soalan yang sama ,lalu pendita itu berkata
" boleh.. tapi dengan syarat kamu perlu berhijrah, kerana di tempat kamu sekarang ramai orang jahat, jadi kamu perlu pergi tempat orang - orang yang kat beribadat"
semasa dalam perjalan berhijrah itu, si lelaki itu telah meninggal dunia. maka berlakulah perebutan antara malaikat maut dan malaikat azab.
kata malakat maut dia di tempatkan ke syurga sebab dia nak bertaubat, kata malaikat azab pula , eh. dia banyak dosa jadi tempat dia ke neraka. maka dengan itu mereka telah melantik seorang malaikat untuk jadi hakim. malaikat mengukur jarak , perjalan seandainya jaraknya dekat dengan tempatnya untuk pergi berhijrah, maka tempatnya ke syurga . jika masih jauh tempatnya ke neraka.. bila di ukur, akhirnya keputusan nya ke syurga jarak nya dekat.
sayangku sekalian .. kisah ini sangat- sangat berguna kepada kita ,ALLAH maha pengampun.. pulangla kepadaNYA. bila kita menyedari kita melakukan dosa, berwudhuklah,kemudian dirikan solat taubat 2rakaat , mohonlah keampunan kepada ALLAH.. ALLAH maha pengampun.. ALLAH akan ampunkan dosa- dosa kita :-).. sepertinya yang terkandung dalam surah al imram ayat 135:
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
hidup kita untuk ALLAH. maka cintai lah ALLAH .
SALAM SAYANG & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Khamis, 9 Julai 2015
" Ujian "
duhai wanita sekalian..
aku bukanlah seorang yang hebat untuk menulis tentang kita ..
tetapi hati aku telah di sentuh untuk menulis untuk kita hari ini..
Apa kah anda di uji ?
Duhai wanita yang ku sayang ...
pulanglah.. kembali kepadaNYA , berharapkan kepada ALLAH swt,mohon pertolongan dariNYA.
cuba renungkan kembali .. apakah sudah cukup suruhanNYA kamu lakukan ? cuba bertanyakan pada diri, selain solat wajib 5 waktu, apakah cukup untuk kamu bawa ke sana? ramai yang tahu .. aku dah solat , kenapa aku di uji ? .. ada yang salah kan takdir! wanitaku sayang! ayuh! lenyapkan kata-kata kamu itu! ujian itu tanda kasih sayang ALLAH ,hanya orang terpilih sahaja yang dapat hadiah itu!
wanitaku sayang..
bila kita di uji,cepatlah cepat kembali ke pangkal jalan.. bertaubat.. ALLAH nak jadi kamu lebih baik dari kamu sekarang... belajarlah kenal ALLAH , buatlah solat sunat.. baca lah al quran, tingkatkan keimanan kamu kepaa ALLAH SWT .
wanitaku sayang...
ramai yang d uji, tetapi mereka lepaskan kesakitan itu dengan urusan dunia.. mereka menyalahkan takdir.. kamu semua tahu... contohnya apa yang pernah saya tahu,
pernah seorang wanita yang teramat kecewa hubungan kesampaian ke jijnjang pelamin, wanita itu bertukar jadi perwatakan lelaki (tomboy) , tidak kah rugi kan? sedangkan seorang wanita amatlah cantik.. wanita ni adalah hiasan dunia..
wahai wanita ku sayang...
mintalah pertolangan dari ALLAH SWT.. solat dan sabar lah dalam menempuhi liku-liku hidup.. ujian itu sebenarnya hikmah !
sungguh ALLAH swt maha mendengar .. malah memakbulkan doa orang yang berdoa kepada kepadaNYA .Pernahkah kita berfikir berapa banyak ujian sukar di permudahkan akhirnya ? berapa banyak jalan buntu tiba-tiba terbuka seluas luasnya?
MOHONLAH PERTOLONGAN DARI ALLAH .. ALLAHUAKBAR!
Rabu, 8 Julai 2015
AKU pengemis CINTAMU
Hari ini ari ke 21 ramadhan . sepantas kilat masa berlalu,terasa ramadhan baru je datang,tetapi hakikatnya ramadhan akan meninggalkan kita.itu la hakikatnya, masih kah kita berpeluang untuk menyambut ramadhan akan datang?? jika ajal menjemput kita, maka berhenti la pejuangan kita untuk agama di dunia.
Pernahkah kita fikir .. Apa pandangan ALLAH swt terhadap kita sekarang? apa yang selalu kita fikirkan apa manusia kata apa kita bukan?? contohnya," ala.. baju aku besar la.. nampak longgar ni. nati orang tengak tak cantik " kita lebih fikir pandangan orang dari kita fikir pandangan ALLAH SWT kita. sedangkan yag nyata ALLAH SWT dah bagitahu dalam AL QURAN tentang aurat wanita, akan tetapi kita masih berdegil , nak nya cantik di mata manusia. Maka tercatatlah dosa itu.
MALU dengan ALLAH sahabat.. usah fikir akan kata - kata manusia, manusia setaraf dengan kita saja.
Selasa, 7 Julai 2015
" LIFE "
I think everyone know this in their hearts,but often time people convince themselves into thinking that external factors are the source of their failure,disappointment,and unhappiness.
external factors do not determine how you live.YOU are in complete control of the quality of your life ,by either creating or allowing the circumstances you experience.
for example , if a woman tells me she's unhappy with their weight- she travels frequently and has no to time exercise or seek healthy foods-i point out that her weight is not a result of her travels and schedule.it's an outcome of what she choose to eat and how she choose to move ,regardless of her daily agenda.
why not make a conscious effort to pre-plan healthty meals and snacks,even if it's on the go ,and sneak in 10 minutes there to be physically active (hey,i know frequent flyers that make it a habit of running throuhg airport!)
if you frustrated with any area your life ,then it's time to take a little inventory.
certainly there are wonderful thing happening.
" without YOU "
Hidup.. ada yang kata mudah , ada yang kata susah .. akan tetapi bagi saya, ia terlalu sukar .. ini bermaksud zaman kita sekarang penuh dengan cabaran ( dunia akhir zaman ).
ALLAH swt menyala api di bawah kita bagi menyuruh kita bergerak dengan lebih pantas. Masalah yang sukar sering membawa kita ke arah baru dan mendorong kita untuk berubah.ini sukar kita sedari apabila kita dilanda pelbagai masalah duniawi.Dalam bab ini , kita nelihat tanpa ragu-ragu yang ALLAH swt menggunakan masalah dan kesusahan ekstrem bagi mendapatkan perhatian saya.
sebenarnya apabila kita di datagi ujian ,kita sepatutnya berasa gembira dan bahagia bukan marah.semua ini ada ujian NYA untuk kita.INSHA ALLAH ,dengan ujian itu dapat meningkatkan kepercayaan kita kepada ALLAH SWT.ALLAH SWT melihat apa yang ada dalam hati kita untuk kita mengenali diri kita.bila ujian datang terima dengan perasaan cinta dan kekaguman .INSHAA ALLAH .. ALLAH akan memberikan bantuan dengan segera. sekiranya kita berkeras seperti menyalahkan takdir ,ujian dan cabaran itu semakin teruk sehingga akhirnya kita menyerah diri kepada ALLAH swt.
kesakitan boleh menyamar menjadi masalah ,kerana ia mengajar kita bagi menilai semula kita menilai dan menghargai apa yang kita miliki.masaah boleh menjadi rahmat terselindung sekiranya ia mencegah bahaya ataupun mungkin sesuatu lebih serius berlaku kepada kita .
ALLAH SWT sentiasa campur tangan dalam semua bnda yang yang kita buat dan pengalaman dalam kehidupan kita ,sama ada kita sedari atau faham apa yang berlaku pada masa itu.kita akan memperoehi kehidupan dengan hati yang tenang apabila berkerjasama dengan ALLAH SWT. sesungguhnya diri kita milik DIA. maka tujuan kita hidup untuk NYA.
Isnin, 6 Julai 2015
cintai aku ( ALLAH SWT )
Pernahkah dirimu jatuh cinta? bagaimana rasanya? segalanya indah kan?...
jika kita mulai mencintai menyayangi seseorang, tentunya kita akan selalu " INGAT" pd si dia kan?
kenapa cinta tumbuh ya? sebenarnya hanya HATI kita saja yang bisa menjawab :-)
kehidupan kita akan bertambah baik.. hati berbunga-bunga dengan ada nya rasa cinta itu . Cuba renungkan kembali , siapa yang hdirkan rasa itu? tentulah ALLAH SWT kan? sebab jasad kita ini milik DIA,DIA yg menciptakan jasad kita.. cuba kita renungkan kembali , mana tempatnya DIA di hati yang DIA ciptaan itu? adakah kita da tersalah guna. meletak kan CINTA MAKHLUK no1? jika benar tersalah tempat! ayuhh!!! betulkan kembali! kita masih belum terlambat ! hati yang DIA ciptakan itu hanya DIA yg berhak BERTAHTA di situ :-)
andai hatimu masih keras untuk mencintai ALLAH SWT.. berdoa la padaNYA,mohonla pertolongan darINYA,usahamu tidak akan di sia sia.Sepatutnya kita abdikan jiwa dan raga ini hanya kepadaNYA. Berbuat dan berlaku " KERANA ALLAH SAHAJA"
Cuba kita perhatikan diri kita dari hujung rambut ke ujung kepala ,MASYA-ALLAH,SUBHANALLAH,WALHAMDULILLAH,WA LA ILAHA ILLAH,WALLAHU AKBAR! ,semua kurniaan itu wajib kita syukuri :-) , ALLAH maha penyayang.. DIA ciptakan kita dengan sempurna, jadi kita perlu membalas kasih sayang ALLAH dengan sepenuh hati .TAAT la pada perintahnya, mulai mencintai nya.. bila hati itu DIA miliki sepenuhnya, kamu tidak lagi terasa ingin kan cinta makhluk yang sia- sia .hidup ini sementara, sementara masih diberi peluang untuk meneruskan perjuangan demi agamaNya,berjuangla dengan sebaiknya. Moga DIA redha usaha kita :-)
"ingatlah kamu kepadaku (dengan mematuhi hukum dan undang-undangku) supaya aku membalas kamu dengan kebaikan dan bersyukurlah kamu kepadaku dan janganlah kamu kufur(akan nikmatku"
al baqarah :152
Ahad, 5 Julai 2015
KAU sgt ISTIMEWA !
Cuba perhatikan dirimu wahai sahabat! wajahmu! matamu! senyum manismu ! pandangan lebih lama sehingga ke dasar jiwa .Subhanallah, sungguh kau sangat istimewa!
adakah insan yang sama sepertimu di belahan dunia ini ? baik rupa ,sifat mahupun perwatakan? tidak bukan? ! ya,tidak seorang pun sama sepertimu,walau diri kamu kembar sekalipun !
dari sekian ramai manusia ,dari sekian trilion jiwa ,pernahkah kamu temui ada yang satu dengan yang lainnya? tidak ada bukan? apa yang terlintas di fikiranmu? ALLAH .maha besar ALLAH.
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia adalah dalam bentuk sebaik-baiknya(dan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya" surah at-tin :4
jika merenung ayat ALLAH ,memandang lebih dalam makna dari semua yang diciptakan-Nya ,sedarlah kita bahawa tiada satu pun ciptaan ALLAH SWT yang sia-sia.
Sabtu, 4 Julai 2015
Hadiah CINTA dari KEKASIH
Ayuni telah membawa
terjemaahan AL –QURAN ke pejabat.Rakannya hendak meminjam tersebut.Yang
mengharukan,ternyata dia masih belum mempunyai terjemahan al quran lain.Hati
Ayuni tergugat dan tanpa fikir panjang memberikan terjemahan tersebut
kepadanya.Terjemahan AL QURAN itu sebenarnya
adalah harta yang sangat berharga ,dan satu satunya yang dia miliki.
Tidak lama kemudian, ALLAH SWT telah memberikan ganti
yang lebih baik daripada itu.Rezeki Ayuni bertambah ,sehingga boleh membeli
terjemahan AL –QURAN yang begitu cantik.Ada keterangan maksud ayat per ayat ,
jumlahnya sebanyak 11 buku. Ayuni namakan kurniaan itu sebagai
“HADIAH CINTA DARI KEKASIH”
Ayuni dapat merasakan
pertolonganNYA. Jika meniatkan sesuatu untuk kebaikan ,pasti selalu diberi NYA
pertolongan.
Ketika Ayuni membeli
buku hadis,tafsir Al-Quran dan buku – buku dakwah, jumlahnya adalah beratus.Mengikut
logik akal,Ayuni tidak mungkin memilikinya.Di samping harganya yang mahal,Ayuni
tidak mempunyai wang simpanan yang banyak.Namun ketika meniatkan semua itu
mengharapkan keredhaanNYA,ALLAH SWT selalu memberikan rezeki dengan tiba- tiba.
Begitu pula dalam
menjalani kehidupan ini.baharu pertama kalinya berjumpa dengan sepasang suami yang
isteri kaya raya,namun tidak pernah lupa untuk membahagikan hartanya .Beliau sangat
dermawan ,kebaikannya selalu diingati oleh setiap insan yang pernah
mengenalinya.
Dalam mencari rezeki
, beliau selalu memilih usaha yang diberkati Oleh ALLAH SWT dan tidak mahu
merugikan hambaNYA. Jika ada tetamu yang berkunjung ke rumah,belaiau selalu
menyambutnya dengan ramah mesra,menjamu dengan hidangan yang lazat sehingga
kenyang,beliau juga suka memberikan hadiah untuk tetamu yang datang.
Jika ada yang datang
meminta perkerjaan selalu diberikan peluang kerja.Jika ada makanan lebih,beliau
selalu memberikannya pada jiran.jika ada musibah ,beliau selalu memberikan
pertolongan.Para pembantu juga di layan dengan sangat baik.jika beliau
mengadakan majlis di rumah , para pembantu tersebut diberikannya duit tambahan tanda ucap terima kasih.
Harta yang beliau
berikan bukan menjadikan beliau miskin , malah semakin kaya . beliau selalu
menjaga solat, mengerjakan dhuha dan rajin mengaj Al-Quran .kadangkala isterinya
menangis dalam solatnya.Hati beliau , yang selalu rindu dengan ALLAH ,begitu
mudah tersentuh.
Selesai solat subuh ,
isteri selalu membaca dan mengamalkan surah yasin , ar rahman , Al waqi’ah dan
Al Mulk. Sudah dua kali mereka menunaikan ibadah ibadah haji dan umrah.Begitu
sayangnya ALLAH SWT pada keduanya sehingga menganugerahkan rezeki yang melimpah
ruah dan anak- anak yang soleh dan solehah.
“ Hai orang- orang
yang beriman , jika kamu menolong (agama) ALLAH ,nescaya DIA akan akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu’( surah muhamad:7)
Jumaat, 3 Julai 2015
aku manusia ingin kekasih sejati
Manusia , makhuk tuhan yang paling sempurna di muka bumi ini yang diciptakan dari sepasang insan yang saling mencintai.Lahir dengan tangis yang menandakan bahwa hidup penuh dengan perjuangan ,banyak onak dan duri.
Pernahkah kita sedari kehidupan ini merupakan anugerah yang terbesar yang ALLAH SWT berkan kpd kita,boleh belajar, bekerja dan berkumpul dengan rakan-rakan , berkongsi cerita ,ketawa , dan bergurau senda serta derita yang mewarnai kehidupan ini.
Pernahkah kita bertanya ,untuk apa kita hidup di buka bumi ini?pernahkah kita merasakan bahawa diri kita mempu nyai erti dan beerti bagi orang lain , merasa diperlukan ,setidak tidaknya bagi orang-orang yang dekat dalam kehidupan kita ?
Pernahkah kita sedari , bahawa kita boleh bertahan sehingga kini adalah kerana CINTA,CINTA dari ALLAH SWT Kita lebih sedar jika kita jauh dari ibubapa ,manakala orang - orang yang kita sayangi akan meninggalkan kita .kita akan sunyi tak berteman. manakala kita merasa hampa dalam kehidupan .Tiada satu pun yang ABADI kecuali CINTA ALLAH pd kita,hamba-hambaNYA.Tidakkah kita rindu untuk selalu berada denganNYA?
Waktu semakin cepat , apabila kita tidak memaanfaatkannya dengan hal-hal yang berguna , kita akan ketinggalan ! Berjanjilah untuk menjadi yang lebih baik dari sekarang,DAN terbaik di hadapanNYA.
Kerana cintamu, tidakkah seorang itu sentiasa ingin kelihatan baik bertemu kekasihnya ?
Jadikan ALLAH SWT " KEKASIH SEJATI " dalam hidupmu
Langgan:
Ulasan (Atom)








