Ayuni telah membawa
terjemaahan AL –QURAN ke pejabat.Rakannya hendak meminjam tersebut.Yang
mengharukan,ternyata dia masih belum mempunyai terjemahan al quran lain.Hati
Ayuni tergugat dan tanpa fikir panjang memberikan terjemahan tersebut
kepadanya.Terjemahan AL QURAN itu sebenarnya
adalah harta yang sangat berharga ,dan satu satunya yang dia miliki.
Tidak lama kemudian, ALLAH SWT telah memberikan ganti
yang lebih baik daripada itu.Rezeki Ayuni bertambah ,sehingga boleh membeli
terjemahan AL –QURAN yang begitu cantik.Ada keterangan maksud ayat per ayat ,
jumlahnya sebanyak 11 buku. Ayuni namakan kurniaan itu sebagai
“HADIAH CINTA DARI KEKASIH”
Ayuni dapat merasakan
pertolonganNYA. Jika meniatkan sesuatu untuk kebaikan ,pasti selalu diberi NYA
pertolongan.
Ketika Ayuni membeli
buku hadis,tafsir Al-Quran dan buku – buku dakwah, jumlahnya adalah beratus.Mengikut
logik akal,Ayuni tidak mungkin memilikinya.Di samping harganya yang mahal,Ayuni
tidak mempunyai wang simpanan yang banyak.Namun ketika meniatkan semua itu
mengharapkan keredhaanNYA,ALLAH SWT selalu memberikan rezeki dengan tiba- tiba.
Begitu pula dalam
menjalani kehidupan ini.baharu pertama kalinya berjumpa dengan sepasang suami yang
isteri kaya raya,namun tidak pernah lupa untuk membahagikan hartanya .Beliau sangat
dermawan ,kebaikannya selalu diingati oleh setiap insan yang pernah
mengenalinya.
Dalam mencari rezeki
, beliau selalu memilih usaha yang diberkati Oleh ALLAH SWT dan tidak mahu
merugikan hambaNYA. Jika ada tetamu yang berkunjung ke rumah,belaiau selalu
menyambutnya dengan ramah mesra,menjamu dengan hidangan yang lazat sehingga
kenyang,beliau juga suka memberikan hadiah untuk tetamu yang datang.
Jika ada yang datang
meminta perkerjaan selalu diberikan peluang kerja.Jika ada makanan lebih,beliau
selalu memberikannya pada jiran.jika ada musibah ,beliau selalu memberikan
pertolongan.Para pembantu juga di layan dengan sangat baik.jika beliau
mengadakan majlis di rumah , para pembantu tersebut diberikannya duit tambahan tanda ucap terima kasih.
Harta yang beliau
berikan bukan menjadikan beliau miskin , malah semakin kaya . beliau selalu
menjaga solat, mengerjakan dhuha dan rajin mengaj Al-Quran .kadangkala isterinya
menangis dalam solatnya.Hati beliau , yang selalu rindu dengan ALLAH ,begitu
mudah tersentuh.
Selesai solat subuh ,
isteri selalu membaca dan mengamalkan surah yasin , ar rahman , Al waqi’ah dan
Al Mulk. Sudah dua kali mereka menunaikan ibadah ibadah haji dan umrah.Begitu
sayangnya ALLAH SWT pada keduanya sehingga menganugerahkan rezeki yang melimpah
ruah dan anak- anak yang soleh dan solehah.
“ Hai orang- orang
yang beriman , jika kamu menolong (agama) ALLAH ,nescaya DIA akan akan menolongmu
dan meneguhkan kedudukanmu’( surah muhamad:7)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan