Cuba perhatikan dirimu wahai sahabat! wajahmu! matamu! senyum manismu ! pandangan lebih lama sehingga ke dasar jiwa .Subhanallah, sungguh kau sangat istimewa!
adakah insan yang sama sepertimu di belahan dunia ini ? baik rupa ,sifat mahupun perwatakan? tidak bukan? ! ya,tidak seorang pun sama sepertimu,walau diri kamu kembar sekalipun !
dari sekian ramai manusia ,dari sekian trilion jiwa ,pernahkah kamu temui ada yang satu dengan yang lainnya? tidak ada bukan? apa yang terlintas di fikiranmu? ALLAH .maha besar ALLAH.
"sesungguhnya kami telah menciptakan manusia adalah dalam bentuk sebaik-baiknya(dan kelengkapan yang sesuai dengan keadaannya" surah at-tin :4
jika merenung ayat ALLAH ,memandang lebih dalam makna dari semua yang diciptakan-Nya ,sedarlah kita bahawa tiada satu pun ciptaan ALLAH SWT yang sia-sia.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan