Isnin, 20 Julai 2015

aku berjalan, KAU BERLARI


Dengan Nama ALLAH Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..
Alhamdulillah syawal ke4 harini kita masih diberi kesihatan yang baik ,bagi meneruskan perjuangan kita untuk agama pencipta..

kasih sayang ALLAH sangat luas untuk kita ..tak terhitung nilainya... betapa hebat ALLAH mencintai kita kan? pernahkah kita mengerti semua itu ?! setiap saat ALLAH memandang kita dengan penuh kasih dan sayang, tapi kita ? kita lansung tidak mengedahkan semua itu bukan?

sayangku sekalian,
dengar sini, Hati yang bahagia adalah hati yang mengenal ALLAH. Ramai yang fikir, tak berjodoh , tak dapat zuriat tak bahagia,sebenarnya hati yang bahagia adalah Hati yang mengenal ALLAH sebagai PENCIPTA dan mencintai ALLAH dengan sepenuh hati.

Sayangku,
aku pernah rebah , aku pernah jatuh di sebbakan ujian yang datang  untuk mnyedarkan aku.. musibah itu hikmah . yup! aku beruntung dalam berjuta juta orang ,ALLAH memilih aku .. aku berjalan mencari ALLAH , tetapi ALLAH berlari menghampiri aku . ALLAHUAKBAR.. baiknya ALLAH tidak terhingga kan?
sayangku, dulu aku tak pernah terlintas siapa aku pada hari ini. tapi dengan kuasa ALLAH jadilah aku sekarang, seorang wanita berniqab. ALLAH maha penyayang, kasih sayangNYA tak pernah kurang walaupun kita tak henti henti melakukan dosa.. Agaknya bila kita nak berubah ? nak tunggu ajal datang dulu? bila kita dalam keadaan yang masih samar , cuba renungkan  apa tujuan kita hidup ? hidup untuk bahagia ada keluarga , anak ,isteri,suami saja kah ? itu tidak benar.HIDUP yang mngenal pecipta adalah hidup yang bahgia.
aku menanggis mengenangkan dosa yang lalu.. aku menangis kerana gembira kerana dilahirkan sebagai orang islam.
boleh tak kita sama-sama menuju jalan yang lebih baik? kita sama sama menyayangi ALLAH sepenuh HATI kita? BERJANJI lah pada diri kita untuk jadi terbaik dimata ALLAH. usah pandang pada pandangan manusia yang penting keikhlasan hati kita pd pencipta.
selagi ajal tidak menjemput kita,selagi itulah kita masih ada peluang untuk bertaubat!


-ninja itu aku-







Tiada ulasan:

Catat Ulasan