Hidup.. ada yang kata mudah , ada yang kata susah .. akan tetapi bagi saya, ia terlalu sukar .. ini bermaksud zaman kita sekarang penuh dengan cabaran ( dunia akhir zaman ).
ALLAH swt menyala api di bawah kita bagi menyuruh kita bergerak dengan lebih pantas. Masalah yang sukar sering membawa kita ke arah baru dan mendorong kita untuk berubah.ini sukar kita sedari apabila kita dilanda pelbagai masalah duniawi.Dalam bab ini , kita nelihat tanpa ragu-ragu yang ALLAH swt menggunakan masalah dan kesusahan ekstrem bagi mendapatkan perhatian saya.
sebenarnya apabila kita di datagi ujian ,kita sepatutnya berasa gembira dan bahagia bukan marah.semua ini ada ujian NYA untuk kita.INSHA ALLAH ,dengan ujian itu dapat meningkatkan kepercayaan kita kepada ALLAH SWT.ALLAH SWT melihat apa yang ada dalam hati kita untuk kita mengenali diri kita.bila ujian datang terima dengan perasaan cinta dan kekaguman .INSHAA ALLAH .. ALLAH akan memberikan bantuan dengan segera. sekiranya kita berkeras seperti menyalahkan takdir ,ujian dan cabaran itu semakin teruk sehingga akhirnya kita menyerah diri kepada ALLAH swt.
kesakitan boleh menyamar menjadi masalah ,kerana ia mengajar kita bagi menilai semula kita menilai dan menghargai apa yang kita miliki.masaah boleh menjadi rahmat terselindung sekiranya ia mencegah bahaya ataupun mungkin sesuatu lebih serius berlaku kepada kita .
ALLAH SWT sentiasa campur tangan dalam semua bnda yang yang kita buat dan pengalaman dalam kehidupan kita ,sama ada kita sedari atau faham apa yang berlaku pada masa itu.kita akan memperoehi kehidupan dengan hati yang tenang apabila berkerjasama dengan ALLAH SWT. sesungguhnya diri kita milik DIA. maka tujuan kita hidup untuk NYA.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan