Dengan nama ALLAH
yang maha pemurah lagi maha penyayang..
Apa khabar ya
sayangku semua? Moga diberi kesihatan yang baik dalam bulan yang mulia ini bagi
kita sama-sama mencari amalan yang sebanyak mungkin,disamping itu kita
bersihkan hati kita dengan sebersih bersihnya,INSHAA ALLAH .
Tajuk saya pada hari
ini ialah “ubat hati”
Sayangku..
Hati adalah raja pada
jasad manusia . hati yang memainkan peranan utama pada diri kita.ternyata kat
sini saya ini memberitahu hati adalah punca membuatkan kita sakit. Apa yang
boleh saya bagitahu kat sini, apabila hati kita sakit maka, dengan sendiri
badan kita sakit. Sepertimana kebiasaan kita,apabila badan kita sakit ,contoh
demam cepat-cept kita pergi klinik untuk mendapatkan ubat bukan? Hati juga
begitu sayangku.. hati juga memerlukan ubat untuk menyembuhnya.. J
Sayangku, hati yang
sedang sakit dengan hati yang membenci orang,marah orang,dengki.Itu petanda
hati kita sedang sakit, jika perasan dengan kadar segeralah cari penawarnya.
Sepertimana yang terkandung dalam
surah asy syu’ara’ ayat 88-89:
“ (iaitu) pada hari
(ketika) harta dan anak-anak tidak berguna lagi,kecuali orang yang mngadap
ALLAH dengan hati yang bersih”
Ayat diatas jelas
menunjukkan bahawa untuk berjumpa dengan ALLAH swt kita wajib hati kena
bersih.. sayangku sekalian, cuba kita renungkan kembali, lahirnya kita di
dunia,dengan hati yang sangat bersih.. tidak malukah kita jika kita pulangkan
pada ALLAH nanti dengan hati yang kotor?
Dalam islam sangat
menekan tentang penyucian jiwa, ini penting untuk sentiasa membaiki hati dan
jiiwa kita supaya dalam keadaan bersedia untuk pencipta.sayangku,hanya hati dan
akal sahaja yang membezakan manusia dengan makhluk lain.cuba kita renungkan ,
mengapa tuntutan solat jatuh kepada manusia ? mengapa kita di suruh sentiasa
membaca al quran ? mengapa haiwan tidak ? ini kerana manusia adalah makhluk
sebaik baik ciptaan ALLAH J
..
Sayangku.. apa ada
pada hati kita sekarang? Dengar sini , hati itu tempat berkumpulnya dosa-dosa
kita.
Rasulullah saw
bersabda surah al-mutoffifin ayat 14:
“sesunggunya orang
mukmin apabila melakukan sesuatu dosa ,terbentuklah bintik hitam pada
hatinya.Apabila dia bertaubat,kemudian menghentikan dosa-dosanya dan
beristigfar ,maka bersihlah daripada bintik hitam itu.Dan apabila dia terus
melakukan dosa ,bertambahlah bintik hitam itu pada hatinya ,sehingga
tertutuplah seluruh hatinya,itulah karat yang disebut ALLAH SWT di dalam
kitabNYA.sesekali tidak ,sebenarnya apa yang mereka lakukan telah
mengkaratkan(menutup) hati mereka.
Sayangku.. sama-sama
kita berusaha bersihkan hati kita ya.. moga kita istiqamah dan mendapat
keredhaanNYA. INSHAA ALLAH ..
sayangku,
kita perlu tahu cara-cara untuk pimpin hati kita ke jalan lebih baik, seperti mencari ilmu tentang hati.Ini kerana untuk mengenal hati positif dan negatif.Perbanyakan mendengar ceramah agama, sentiasa baca al -quran serta memahami maksudnya.
bersambung...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan