Dengan nama ALLAH,yang maha pengasih lagi maha penyayang..ALHAMDULILLAH ..
syukur kepada ALLAH SWT , hari ini ramadhan ke 24 aku masih diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan perjuangan ku sebagai khalifah di muka bumi ini .. ALLAHUAKBAR !
Pagi yang masih tenang.. masih sunyi ,tanpa kedengaran suara dari rakan-rakan seperjuangan ku di sini .. tak mengapa , mungkin mereka sedang sibuk dengan aktiviti hujung minggu ini mereka . :-) ..
YA ALLAH AKU BERDOSA !
ini la tajuk pagi ni yang akan aku sampaikan kat sini. :-)
wahai sayangku sekalian...
tajuk ini saya pilih kerana terkena pada diri sendiri .. kita manusia biasa tak lepas dari melakukan dosa. tapi ini tak bermakna berakhir perjuangan kita di dunia. seperti mana yang tertulis dalam al quran
surah at tahriim ayat 8 :
Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan " Taubat Nasuha", mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): "Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".
Baiknya ALLAH kan sayangku ? kita hari hari melakukan dosa ,tetapi DIA tak pernah putus beri kita peluang untuk bertaubat.. sayangku, malu nya kita pada ALLAH bukan? jomlah kita taubat nasuha, taubat nasuha ni adalah taubat yang bersungguh- sungguh dan ikhlas kerana ALLAH.. sayangku sekelian, cuba kita selami kita hari-hari buat dosa,bila kita bertaubat mohon ampun , ALLAH ampunkan dosa kita,malah ALLAH janji kan ganjaran syurga untuk kita di sana nanti . Allahuakbar ! tak terhitung rahmat ALLAH untuk kita sayangku.. tidak malukah kita jika kita terus menerus berada di dalam dosa ? terus menerus melakukan dosa ?
sayangku sekalian,
Tahukah kalian tentang macam mana kita mendapat dosa? dosa itu adalah meninggalkan apa yang ALLAH suruh ,dan juga melakukan apa yang ALLAH larang .Contohnya, ALLAH suruh kita solat, puasa,zakat.
ALLAH larang kita seperti zina,minum arak,berjudi, ini semua dosa sayangku.. Tugas kita hidup di dunia ini sebagai khalifah untuk taat kepada pencipta.
Tahukah kita , setiap masa apa yang kita lakukan akan di catat oleh malaikat ? . ini BENAR sayangku.. catatan buruk dan baik ini akan di hitung di padang mahsyar nanti.sepertimana saiditina aishah memberitahu, kata nabi buku laporan kita di sisi ALLAH mempunyai tiga iaitu :
i. buku yang mudah bagi ALLAH-buku ini adalah catatan dosa kita dengan ALLAH .
ii.buku yang tidak ditinggal begitu saja oleh ALLAH - iaitu dosa kita kepada manusia.
iii.buku yang tidak di ampun oleh ALLAH-dosa orang yg syirik kepada ALLAH.
sayangku sekalian,
cuba renungkan kembali , dosa-dosa yang saya sebutkan tadi .. adakah kita telah bertaubat semuanya untuk di ampunkan? termasuk buku yang nombor dua? ingat ya sayangku , dosa kita dengan manusia tu,selagi manusia tak ampun sekali tu kita berada dalam dosa. tidak perlu menunggu syawal untuk meminta maaf :-) ..
sayangku.. kita manusia biasa tak lepas dari melakukan dosa , jadi kita kena sedar siapa diri kita pada pencipta kita .kita bukan malaikat ,nabi serta serta rasul yang bersifat maksum .seperti mana bukti yang tertulis dalam al qurah surah al imram ayat 161 :
Dan tiadalah patut bagi seseorang Nabi itu (disangkakan) berkhianat (menggelapkan harta rampasan perang), dan sesiapa yang berkhianat (menggelapkan sesuatu), ia akan bawa bersama pada hari kiamat kelak apa yang dikhianatinya itu; kemudian tiap-tiap seorang akan disempurnakan (balasan bagi) apa yang telah diusahakannya, sedang mereka tidak akan dikurangkan sedikitpun (balasannya).
sayangku, nabi yang tidak melakukan dosa pun ada hadis yang menyatakan setiap hari sebanyak 70 kali bertaubat kepada ALLAH.. tidak malukah kita ini ? tentu malu kan ? jadi , kita perlu sentiasa istigfar untuk memohon kemapunan dari ALLAH.Orang yang istigfar ini banyak kelebihan yang di perolehi sepertinya
1.disayangi ALLAH
2.didoakan oleh malaikat
3.diampunkan dosa-dosa nya
4.ALLAH keluarkan nya dari masalah
5.dimurahkan rezeki
6.ditinggikan darjat disisi ALLAH
7.merupakan orang yang beriman.
sayangku.. saya sampaikan sebuah cerita yang di ceritakan nabi suatu ketika dahulu,
ada seorang lelaki telah membunuh 99 nayawa(orang) dia bertanya kepada kepada orang alim,
boleh tunjukan saya di mana pendita , lalu orang alim itu memberitahu tempat pendita itu,dengan tidak berlengah lagi lelaki itu terus mendapatkan pendita , lalu lelaki itu berkata ,
saya telah membunuh 99 orang,apakah ALLAH mengampunkan dosa saya ? lalu jawab pendita itu,
" eh mana boleh,dosa kamu ALLAH tak ampun"
si lelaki itu benggang sebab jawapan itu tidak memberi peluang untuknya bertaubat,lalu membunuh pendita itu. si lelaki itu masih tidak berputus asa,dia mendapatkan balik orang alim yang dia bertanya tadi.
orang alim itu memberitahu lagi tempat pendita yang lain, dengan segera si lelaki itu mendapatkan nya.
di tanya lagi soalan yang sama ,lalu pendita itu berkata
" boleh.. tapi dengan syarat kamu perlu berhijrah, kerana di tempat kamu sekarang ramai orang jahat, jadi kamu perlu pergi tempat orang - orang yang kat beribadat"
semasa dalam perjalan berhijrah itu, si lelaki itu telah meninggal dunia. maka berlakulah perebutan antara malaikat maut dan malaikat azab.
kata malakat maut dia di tempatkan ke syurga sebab dia nak bertaubat, kata malaikat azab pula , eh. dia banyak dosa jadi tempat dia ke neraka. maka dengan itu mereka telah melantik seorang malaikat untuk jadi hakim. malaikat mengukur jarak , perjalan seandainya jaraknya dekat dengan tempatnya untuk pergi berhijrah, maka tempatnya ke syurga . jika masih jauh tempatnya ke neraka.. bila di ukur, akhirnya keputusan nya ke syurga jarak nya dekat.
sayangku sekalian .. kisah ini sangat- sangat berguna kepada kita ,ALLAH maha pengampun.. pulangla kepadaNYA. bila kita menyedari kita melakukan dosa, berwudhuklah,kemudian dirikan solat taubat 2rakaat , mohonlah keampunan kepada ALLAH.. ALLAH maha pengampun.. ALLAH akan ampunkan dosa- dosa kita :-).. sepertinya yang terkandung dalam surah al imram ayat 135:
Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).
hidup kita untuk ALLAH. maka cintai lah ALLAH .
SALAM SAYANG & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Tiada ulasan:
Catat Ulasan